Lelaki cari sayur di hutan ditemui mati
BAU -- Lelaki yang dikhuatiri hilang semasa mencari sayur hutan di kawasan Jalan Juga Buso. petang sejak petang semalam ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ahli keluarga beliau sendiri pada jam 7.30 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai James Tarang Tigong berusia 63 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jarak 150 meter dari tepi jalan.
"Anggota bomba kemudiannya bertindak membawa mangsa ke tepi jalan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan KKM yang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa," ujarnya.
Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Dengan penemuan mayat mangsa ini sekaligus menamatkan operasi SAR di hari yang ke-2 ini.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang semalam, mangsa dikatakan keluar mencari sayur pada jam 5 petang, namun tidak balik ke rumah meskipun hari sudah beransur gelap.
Ahli keluarga mangsa yang khuatir dengan keselamatan beliau telah pergi ke lokasi terakhir mangsa disyaki hilang namun hanya menjumpai motosikal milik mangsa yang diletakkan di tepi jalan besar sebelum membuat laporan polis bagi menjalankan siasatan.
Gambar PGO Sarawak