Kereta terbakar sejurus terbabas, dua cedera

SIBU--Dua lelaki cedera selepas kereta yang dinaiki keduanya terbabas lalu terbakar dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Jalan Lada malam tadi.

Menurut Jurucakap BBP Sibu Sentral, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kemalangan pada jam 8.46 malam.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona," ujarnya. 

Pemandu dan penumpang bagaimanapun.telah berjaya keluar dari kenderaan tersebut semasa kejadian dan hanya mengalami luka ringan.

Kedua dua mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak ambulan untuk rawatan lanjut.

Bagi memadam kebakaran, pasukan bomba bertindak menggunakan 2 aliran salur bantu mula sehingga ke selesai operasi memadam dalam masa setengah jam.

Kereta terbabit ujarnya telah terbakar 95 peratus dan setelah selesai kerja-kerja memadam, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.

Gambar BBP Sibu Sentral

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post