Kereta bertembung - Lelaki 71 tahun maut, 2 cedera

SRI AMAN—Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta Proton Saga dipandu bertembung dengan Honda Jazz di Simpang Klassen, Jalan Sri Aman-Betong pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira 6.58 pagi itu, Jeffry Dujin Bansing, 71 tahun cedera parah di bahagian belakang kepala, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala seorang lagi warga emas berusia 72 tahun dan pemandu berusia 32 tahun yang cedera dihantar ke hospital oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7 pagi.
Next Post Previous Post