Keperluan mendesak untuk tingkat keselamatan di tempat kerja, Fadillah

Datuk Seri Fadillah semasa penutupan majlis penutupan Mesyuarat Agung Tahunan dan Persidangan Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO) ke-37 pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Terdapat keperluan mendesak untuk industri kecil dan sederhana memberi penekanan terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, berikutan sebanyak 6,719 kes kemalangan di tempat kerja dilaporkan tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, statistik daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mencatatkan purata 2.22 orang bagi setiap 1,000 pekerja terlibat dalam kecederaan pekerjaan dan 2.06 orang bagi setiap 10,000 pekerja terlibat dalam kecederaan maut pekerjaan.

“Justeru saya menyeru majikan, pekerja, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersatu dalam usaha memastikan persekitaran tempat kerja kekal selamat, sihat dan bebas bahaya.

“Ini termasuk pelaksanaan pelbagai aktiviti seperti latihan dan kursus pendek untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang
kepentingan keselamatan dan kesihatan tempat kerja,” katanya pada majlis penutupan Mesyuarat Agung Tahunan dan Persidangan Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO) ke-37 di sini hari ini.

Fadillah berkata, semua menyedari bahawa kerja adalah aspek asas dalam kehidupan, sehubungan itumenjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan 
keselamatan dan kesihatan tempat kerja.

“Adalah menjadi harapan besar saya agar bersama-sama, kita dapat mewujudkan tempat kerja persekitaran yang selamat dan sihat di mana pekerja boleh
bekerja dengan yakin dan selesa.

“Dengan meningkatkan kesedaran dan perlindungan serta mengamalkan amalan terbaik, saya yakin kita boleh mengelakkan kemalangan, kecederaan serta penyakit berhubung pekerjaan yang tidak diingini,” katanya.
Next Post Previous Post