Kelindan alami kecederaan, lori dinaiki langgar sebuah lagi lori sarat muatan batu di Jalan Bukit Bangunan

SRI AMAN: Seorang lelaki yang merupakan kelindan sebuah lori alami kecederaan selepas lori yang dinaikinya merempuh bahagian belakang sebuah lagi lori yang sarat muatan batu di Jalan Bukit Bangunan petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota BBP Sri Aman bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 1.18 petang.

Katanya, sejurus Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi pada jam 1.48 petang, setelah membuat "size-up," mendapati berlakunya kemalangan melibatkan dua buah lori dan terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tersepit di tempat duduk penumpang di mana lori tersebut dipercayai telah melanggar bahagian belakang lori yang membawa muatan batu.

Pasukan Bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas `rescue tools’ dan ‘spinal board’.

"Mangsa yang berada dalam keadaan sedar dan telah mengalami kecederaan di bahagian kaki sebelah kiri seterusnya mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan KKM dan dibawa ke hospital Sri Aman menggunakan ambulan KKM untuk rawatan lanjut. 

Setelah memastikan keadaan selamat serta terkawal, operasi ditamatkan pada 2.18 petang sebelum bertolak balik semula ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post