Gadis Dayak Kapit wakili Malaysia ke India, buru gelaran Miss Antarabangsa
KUCHING-- Gadis Dayak Iban dari Kapit yang dinobatkan sebagai Miss Asia Malaysia 2023 bakal mewakili negara ke peringkat antarabansa di Kochi, India pada 9 November akan datang.
Ella Apit, 26 tahun, berkata, ini adalah impian dan cita-citanya untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya itu.
"Saya menceburi bidang model dan belakon sejak 2015.
"Saya memang bercita-cita ingin jadi seorang model dari kecil dan disebabkn sokongan dari keluarga, saya dan rakan-rakan saya boleh mencapai impian setakat ini.
"Tetapi tak sangka impian yang saya impikan sejak kecil telahpun tercapai dan kini saya telah dinobatkan sebagai Miss Asia Malaysia 2023, untuk wakil Malaysia dan akan dihantar bertanding di Kochi, India pada 9 November ini dan akan menjalani aktiviti di sana selama seminggu," katanya.
Sementara itu, Founder Mahardika Production Lucky Joe berkata, beliau berjaya mengesan potensi yang ada pada Ella yang boleh diketengahkan menerusi pertandingan yang mereka anjurkan sebelum ini.
“Saya melihat ada potensi besar dalam diri Ella, selain beberapa kali memenangi pertandingan yang kami anjurkan dalam peringkat negara, Ella juga memiliki kualiti seorang model, sekarang pun sudah banyak berlakon.
"Harapan saya kepada Ella, dia boleh menjadi model mewakili model dan rakyat Malaysia, di pentas antarabangsa.
"Kalah atau menang adalah rezeki, tetapi pengalaman itu sangatlah mahal,” katanya.
Mengenai perkembangan diri, Ella berkata, sebelum dia dinobatkan sebagai Miss Asia Malaysia, dia banyak mengikuti pertandingan, penggambaran untuk butik dan juga memperagakan pakaian.
"Itu yang membuat saya jadi percayakan diri yang saya boleh buat dan saya pernah mengikuti Ratu Bumi Malaysia 2021 dan Miss Malaysia Kebaya 2021.
"Ini membuat saya semakin yakin menjadi 'pagent lovers' adalah sebuah hal yang membanggakan dan dari sini saya mencabar diri saya ke peringat antarabangsa kerana menurut saya 'pagent' bukan hanya dari segi kecantikan tetapi boleh memberi keuntungan pada diri sendiri termasuk menambah kemampuan dalam percakapan awam," ujarnya.
Tambahnya lagi, selain menjadi seorang model, dia juga ada ditawarkan berlakon dan ditawarkan menjadi pelakon utama dalam 3 Gadis Manik.
"3 Gadis Manik adalah cerita bahasa iban yang mengisahkan tiga anak gadis yang menyambung tradisi keluarga mewarisi industri kebudayaan mereka membuat alat hiasan berasaskan manik.
"Mereka memperagakan pakaian berasaskan manik sebagai model. Tetapi dalam diam mereka sangat berminat dalam bidang lakonan dan tidak berminat menjadi model manik.
"Ibu bapa mereka menentang minat mereka dan mereka terpaksa membuat berbagai jenis Alasan untuk menghadiri uji bakat. Walau bagaimanapun akhirnya
mereka berjaya memujuk kedua ibu bapa serta cikgu manik dan menjadi pelakon," kongsinya.
Menurutnya lagi cerita itu berunsurkan komedi dan penonton bakal tidak kering gusi menonton nanti.
Dedahnya, bakal di tayang di TVS 122 pada bulan Disember nanti yang merupakan arahan Fahizal Abdullah fdam dari syarikat Allen Tinggie Trading SDN BHD.
"Pada mulanya saya agak tidak percayakan diri kerana itulah kali pertama saya memegang watak yang agak besar iaitu watak utama sebagai Enchelegit, namun atas sokongan keluarga dan para rakan-rakan saya mencuba nasib untuk memegang watak itu dan ternyata saya boleh membawa watak itu dengan baik," ujarnya.