Fadillah hadir bersama ribuan umat islam ke Majlis Maulid Akhbar

KUCHING, 1 Okt- Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Fadillah Yusof hadir bersama ribuan umat islam ke Majlis Maulid Akbar sempena Kembara Cinta Rasul bersama Profesor Dr. Ustaz Abdul Somad di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini, malam tadi.
 
Acara dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan maulid dan alunan qasidah.

Selesai solat isya berjemaah ribuan jemaah turut serta mengalunkan salawat beramai-ramai dan seterusnya mendengar tausiyah bertajuk Piagam Madinah Asas Perpaduan Ummah disampaikan oleh Profesor Dr. Ustaz Abdul Somad.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha serta tetamu kehormat lain.-TAMAT-

Disediakan oleh : Jemat Saie (BMKK)
Foto oleh : Cassidy Lisut(BKVS)
Next Post Previous Post