Dua pekerja ladang warganegara Indonesia maut rumah terbakar

MIRI—Dua pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu ditemui mati dalam kebakaran yang melibatkan sebuah rumah pekerja awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan hari ini, maklumat awal yang diperoleh mengesahkan dua mangsa terkorban hanya dikenali sebagai Jaya berusia 30 tahun dan Henry, 30 tahun.

"Sepasukan anggota BBP Batu Niah dikerahkan ke lokasi kebakaran sejurus menerima panggilan pada jam 5.55 pagi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta memadam kebakaran," jelas beliau.

Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang melibatkan sebuah rumah pekerja jenis kontena yang terbakar 20 peratus.

Jelasnya, pasukan bomba kemudiannya bertindak melakukan kerja-kerja memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran hose reel 300 kaki yang mana sumber air diperoleh dari pam jentera.

"Setelah api berjaya dikawal, pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat dua mangsa telah meninggal dunia dalam bilik struktur kontena berkenaan.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untul tindakan selanjutnya.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post