Doktor kongsi pengalaman sambut bayi dalam treler di tepi lebuh raya
KUALA LUMPUR— Seorang doktor, Dr Aliff Zaki berkongsi pengalaman menyambut kelahiran bayi di dalam treler di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Kilometer (KM) 121 hala Kuantan di sini pada Rabu.
Menyifatkan ia sebagai pengalaman sepanjang hayat, beliau yang menggunakan nama @alepzaki memuat naik perkongsian itu di aplikasi X.
“Beranak dalam lori di lebuhraya. Pengalaman perkhidmatan.
“Dapat panggilan ada kes nak bersalin dalam lori, lokasi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 121 menghala Kuantan. Maklumat pasal ibu minimum. Sepanjang persiapan di klinik, 2-3 kali senarai semak barang-barang kerana expect the worst.”
“Dalam ambulans masing-masing berteka teki apakah keadaan ibu?dah bersalin ke belum? kalau dah, keadaan baby macam mana?
Difahamkan dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, treler tersebut berhenti di tepi jalan.
Sejurus sampai di lokasi, Dr Aliff memberitahu kelihatan dua pegawai polis trafik menjaga lalu lintas dengan pintu treler terbuka luas.
Beliau berkata turut pakaian di atas rumput berlumuran darah.
"Memanjat lori bersaiz Optimus Prime, nampak dua sosok tubuh terbaring. Si ibu pejam mata dan ada jasad kecil d icelah kangkang. Hati dah berdebar"
“Si ibu pejam mata, dan ada jasad kecil dicelah kangkang. Hati dah berdebar. Aku tegur si ibu, “puan, boleh dengar saya cakap? buka mata boleh”. Si ibu buka mata dan sahut “ye dengar”. Hati lega.
“Mata beralih ke si anak pula, nampak tak bergerak. Alamak. Aku pegang kaki bayi, jentik tapak kaki, keluar suara kecil menangis. Hati kembali lega, peluh jantan tak jadi keluar
“Aku teruskan prosedur potong tali pusat dan lain-lain. Bayi aku bungkuskan dengan kain tuala dan bawa keluar dari lori. Pesakit diambil alih oleh SN Sue. Mencuci darah, periksa tahap koyak dan membersihkan ibu setakat boleh. JM Azlina tunggu kat luar untuk keperluan lain-lain,” katanya.
Dr Aliff bersama jururawat sedang membantu wanita bersalin dalam treler di tepi Lebuhraya Pantai Timur - Gambar @Alepzaki |
Beliau berkata, ibu dan bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HOSHAS) untuk rawatan.
“Terima kasih pihak LPT, polis trafik dan staf labor room HoSHAS kerana memudahkan urusan,”katanya.
Gambar kredit Dr Alepzaki