Buaya 10 kaki sesat dalam parit

SIMUNJAN—Penduduk di Kampung Sabun dikejutkan dengan kehadiran seekor sang bedal dalam parit petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota BBP Simunjan bergegas ke lokadi dinyatakan sejurus menerima panggilan pada jam 7.38 malam. 

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seekor buaya sepanjang 10 kaki berada dalam parit berkenaan," ujarnya.

Pasukan Bomba kemudiannya bertindak menggunakan tali bagi menyelamat serta menangkap buaya terbabit dalam masa satu jam.

Selepas buaya berjaya ditangkap, pasukan bomba menyerahkan reptilia ganas berkenaan kepada Sarawak Forestry Corporation untuk tindakan selanjutnya.

Gambar BBP Simunjan
Next Post Previous Post