Berkat doa orang ramai, mangsa jenayah terima bantuan dari netizen
KUCHING-- Nasib yang menimpa seorang wanita selepas barang keperluan yang dibelinya di sebuah pasar raya di Jalan Matang dicuri individu tidak dikenali mendapat perhatian netizen.
Berkongsi kisahnya, Fadzila Dolah berkata, selepas membeli barang keperluan di situ dia meninggalkan sebentar troli barangnya.
Jelasnya, tidak berapa lama kemudian dia mendapati troli berkenaan kosong dan kesemua barang yang telah dibelinya dicuri.
"Kisah aku hari ini, aku tak akan ulangi lagi perbuatan tinggalkan barang dalam troli. Anak berhadap menunggu aku pulang membawa barang makanan mereka tetapi barang yang ditinggalkan sebentar hilang dicuri," kongsinya.
Katanya lagi, antara barang yang hilang tudung, ayam, sosej dan beberapa barang keperluan lain.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen dan ramai tampil membantunya.
Dia terharu dengan kebaikan masyarakat terhadap apa yang telah menimpanya.
Malah ada yang tampil memberikan sumbangan kepadanya.
"Saya dahulukan dengan terima kasih banyak-banyak yang berkongsi rezekk dengan anak-anak saya.
"Terlalu ramai terima kasih semuanya, alhamdulillaj Allah ganti rezeki saya yang hilang berlipat kalk ganda," ujarnya.