Bayi 10 bulan antara yang tersepit, berlanggar dengan kereta dipandu remaja 18 tahun

BINTANGOR-- Tiga sekeluarga termasuk bayi perempuan berusia 10 bulan cedera selepas kenderaan yang dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kelupu, di sini pagi tadi.

Kemalangan pada jam 7.53 pagi itu melibatkan kenderaan Perodua Axia yang dinaiki tiga sekeluarga berlanggar dengan Perodua MyVi yang dipandu seorang remaja lelaki.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dikerahkan ke lokasi sejurus mendapat panggilan.
 
"Terdapat tiga mangsa iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun, wanita dan bayi dalam keadaan sedar masih berada di dalam kenderaan Perodua Axia.

"Manakala pemandu kenderaan dari Perodua Myvi telah berjaya keluar sendiri sebelum pihak bomba tiba.

"Pasukan penyelamat bertindak menggunakan ‘peralatan khas’ untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dan seterusnya meyerahkan ketiga-tiga mangsa kepada Pegawai Perubatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

PKO menggunakan satu aliran salur bantu mula untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sia-sia kemalangan dan tumpahan minyak.

Setelah memastikan keadaan terkawal PKO BBP Bintangor bertolak balik ke balai.

Gambar ihsan PGO Sarawak
Next Post Previous Post