5 pemuda buat aksi zig-zag ditahan dalam Op Samseng
KUCHING-- Polis menahan lima pemuda kerana didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi 'zig-zag' di Batu 17 Pasar Siburan, Jumaat lalu.
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak berkata, tangkapan dilakukan antara jam 10.30 malam dan 5 pagi dalam Op Samseng Jalanan sekitar Jalan Kuching Serian.
"Mereka dilihat bersaing sesama sendiri dengan menundukkan badan serta melakukan aksi 'zig-zag' yang berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
"Suspek telah ditahan di Batu 17 Pasar Siburan bersebelahan gelanggang bola keranjang dan dibawa ke balai Trafik IPD Padawan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan yang diterima Borneo Network.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 𝟒𝟐 (𝟏) 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝟏𝟗𝟖𝟕.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan 𝐝𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐑𝐌𝟓,𝟎𝟎𝟎 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐢𝐦𝐮𝐦 𝐑𝐌𝟏𝟓,𝟎𝟎𝟎 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐢 𝟓 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐮 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟓 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧.
JSPT menyeru ibu bapa atau keluarga agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak agar tidak terjerumus dalam gejala negatif ini demi masa depan mereka.