13 penghuni dari 5 keluarga berhadapan detik cemas, rumah diancam tanah runtuh
BETONG -- Sebuah rumah di Rumah Sanda Jambu Kerampak dan 4 kediaman lagi di Rumah Adal Nanga Tiga Ulu Layar berhadapan dengan detik cemas selepas berlakunya runtuhan serta gelongsoran tanah di kediaman mereka hari ini.
Jurucakap Pasukan Charlie BBP Betong dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, pihaknya menerima makluman berhubung dua kes runtuhan di dua lokasi berbeza ini pada jam 2.59 petang lalu sebelum mengarahkan pasukan Charlie BBP Betong bergerak ke lokasi.
Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sememangnya berlaku runtuhan tanah yang mengakibatkan dinding belakang dapur terkena gelongsoran tanah runtuh manakala atap rumah bahagian dapur terjejas terkena kayu dan akan berlaku nya kebocoran sekiranya hujan lebat melanda.
"Pasukan bomba kemudiannya bertindak membuat pemantauan di kawasan terjejas dan mengambil maklumat penghuni rumah yang mana pihak JKR difahamkan sudah membuat pemantauan sebelum ketibaan pasukan bomba," jelasnya.
Pasukan bomba kemudiannya menasihatkan penduduk supaya sentiasa menjauhi kawasan tanah runtuh dan berwaspada sekiranya cuaca hujan lebat.
Pasukan Bomba juga memaklumkan kepada penduduk supaya memghubungi balai bomba dengan serta- merta sekiranya runtuhan tanah masih lagi berlaku.
Setelah selesai melakukan pemantauan, pasukan bomba bertolak balik ke balai pada jam 4.45 petang.
Gambar BBP Betong