Warga emas sesat tiga hari ditemui selamat
KANOWIT--Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan ladang Ranan sejak tengah hari Jumaat lalu dijumpai selamat pada jam 12.45 tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, mangsa yang dikenali sebagai Lai Juing berusia 74 tahun berjaya dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan selamat namun lemah pada jarak 9 kilometer di kawasan ladang dari PKB.
Dengan penemuan mangsa ini sekaligus menamatkan usaha pencarian di hari yang kedua hari ini pada jam 2.25 petang.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.
Gambar PGO Sarawak