Tuntutan palsu RM23,500 kepada PERKESO, wanita hadapi 94 pertuduhan

KUCHING-- Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas 94 pertuduhan tuntutan palsu berjumlah RM23,500 kepada PERKESO.

Tertuduh Desnee Hung Kah Yee, wakil Syarikat Dayacop Security Services Sdn Bhd di hadapkan dengan 47 pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegauan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 47 pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 471/465 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM23,500 kepada PERKESO berkaitan tuntutan elaun mobiliti program Insentif Pengambilan Pekerja.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM dan Seksyen 471/465 Kanun Keseksaan dan mohon dibicarakan. 

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 1 November tahun ini untuk sebutan semula kes.
Next Post Previous Post