Ribuan berbaris lebih 3 jam demi sekampit beras RM1

LUMUT— Hanya RM1, ribuan pelanggan sanggup berbaris lebih tiga jam untuk membeli sekampit beras 5 kg di Padang Kampung Datuk Seri Kamaruddin pada Ahad.

Orang ramai kebanyakan suri rumah dan warga emas dan sanggup datang untuk berbaris seawal 6 pagi dan untu membeli beras dengan harga tersebut

Program Misi Jual Beras RM1 yang bermula 9.30 pagi itu, hanya mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja untuk terjual sepenuhnya.

Sementara itu, pengasas Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi berkata program penjualan beras putih import jenama SITI itu pertama kali dilaksanakan pihaknya untuk membantu gokongan yang memerlukan.

“Ramai yang datang dekat saya cakap memang duit langsung tak cukup nak beli beras.. tak sangka Allah izinkan jualan beras RM1 ni berlaku hari ini.
.
"Kami melaksanakan program sebegini kerana mahu membantu golongan kurang berkemampuan membeli beras memandangkan makanan ruji itu meningkat harga begitu mendadak ketika ini.

"Kami juga berharap program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara sekiranya ada pihak yang sudi menyumbangkan bagi pembelian beras ini," katanya dalam hantaran di Facebook.

Program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Misi Rakyat menyediakan sebanyak 1,000 kampit beras 5kg dan turut menyumbangkan 120 kampit beras kepada golongan asnaf, warga emas dan ibu hamil yang terpilih di kawasan itu. 
 
Seorang suri rumah, Siti Nordiana Kassim, 25, dari Taman Samudera berkata beliau sanggup beratur seawal pukul 6 pagi untuk membeli beras itu yang dimaklumkan mengenai penjualannya oleh jiran.

“Ini memang peluang yang tidak pernah saya dapat. Saya bersama jiran datang ke sini awal pagi sebab tidak mahu terlepas untuk membelinya,” katanya dipetik Free Malaysia Today.

Seorang warga emas, Halijah Kassim, 65, dari Kampung Datuk Seri Kamaruddin di sini juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan beras tersebut dan mula beratur di situ sejak 7 pagi tadi.

Beliau amat berharap program ini patut diadakan lebih kerap bagi mengurangkan perbelanjaan dapur memandangkan harga beras naik mendadak.

Gambar kredit Founder Misi
Next Post Previous Post