Penghuni dua kediaman Kampung Riih Mawang diancam tanah runtuh
SERIAN: Dua sekeluarga di Kampung Riih Mawang berhadapan dengan detik cemas selepas berlakunya runtuhan tanah di rumah mereka hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata, sepasukan anggota BBP Serian bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi bagi menjalankan pemantauan serta pemeriksaan.
"Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya tanah susur yang serius di dua buah rumah di kampung terbabit," ujarnya.
Anggaran keluasan mendapan tanah yang berlaku dianggarkan sedalam 15 kaki persegi dan berisiko berlakunya runtuhan yang lebih serius sekiranya hujan lebat berlaku.
Pasukan bomba dalam masa sama memberikan nasihat dan mohon keluarga terlibat supaya berjaga-jaga dan menghubungi pihak bomba sekiranya berlaku runtuhan susulan.
Setelah memastikan keadaan didapati benar-benar selamat, pihak bomba bertolak semula balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak