Lima alami kecederaan, dua kereta bertembung berhampiran stesen Petronas Layar
BETONG: Lima individu mengalami kecederaan termasuk seorang tersepit dalam kemalangan yang membabitkan dua buah kereta berhampiran stesen Petronas Layar di sini petang tadi.
Jurucakap Pasukan Alpha BBP Betong dalam kenyataannya hari ini berkataz, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan serta menyelamat mangsa sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.53 petang.
"Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan jalan raya yang melibatkan produa Axia yang dinaiki empat individu dan Perodua Aruz yang dipandu seorang lelaki.
"Turut difahamkan bahawa seorang mangsa didapati terperangkap dalam Perodua Axia," ujarnya.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunaka scoop strecher dan dikeluarkan melalui pintu bonet belakang kereta kerana mangsa tidak tersepit," ujarnya.
Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya dan dihantar ke Hospital Betong oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan setelah memastikan keadaan selamat pihak bomba bertolak semula balik ke balai.
Gambar BBP Betong