Lelaki patah kaki kanan, lori dipandu langgar pokok
SIBU: Seorang lelaki patah kaki kanan selepas lori model Toyota yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok tepi jalan dan terbalik di Jalan Tanjung Manis awal pagi tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota BBP Tanjung Mania bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 9.01 pagi.
Menurutnya, tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah lori model Toyota yang melanggar sebatang pokok dan terbalik di bahu jalan.
'Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba dengan menggunakan PPE lengkap,membuat size- up dan didapati benar sebu terdapat seorang mangsa lelaki telah dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan terbaring dan kaki sebelah kanannya patah," ujarnya.
PKO kemudiannya bertindak menstabilkan mangsa dengan memasang "cervical-colar" pada leher mangsa dan "lower limb" pada kaki yang patah seterusnya mengangkat mangsa ke bahu jalan menggunakan "stretcher" dan menyerahkan mangsa tersebut kepada pihak KKM Tanjung Manis untuk rawatan lanjut.
PKO kemudiannya mengalihkan sebatang pokok yang tumbang akibat dilanggar ke bahu jalan dan membersihkan sisa-sisa kaca yang berada di atas jalan.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak