Enam lelaki cedera, dua kereta berlanggar

KUCHING-- Enam lelaki cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Jalan Ulu Jemukan Asajaya pada jam 6 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Asajaya bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden bagi menjalankan kerja-kerja mengeluar serta menyelamatkan mangsa.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan jenis Perodua Viva dan Perodua Kenari yang mana seramai empat penumpang serta pemandu dari kenderaan Perodua Viva manakala seorang pemandu kereta Perodua Kenari terlibat dalam insiden berkenaan.

Kesemua mangsa bagaimanapun ujarnya berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi. 

Kesemua mangsa yang cedera kemudiannya diberi rawatan awal oleh pihak APM dan dibawa ke Klinik Kesihatan Asajaya untuk rawatan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post