Empat alami kecederaan, kereta bertembung lori 4 tan

KUCHING: Tiga mengalami kecederaan selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori satu tan di Jalan Diplomatik pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota BBP Petra Jaya bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 8.34 pagi.

"Pemandu lori bagaimanapun turut dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka," ujarnya.

Tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori satu tan. 

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengaplikasikan konsep S.A.V.E.R bagi mengeluarkan pemandu dengan menggunakan spinal board dan memasang cervical collar serta memasang lower limb di kaki sebelah kanan.

Seorang mangsa warga emas yang merupakan penumpang hadapan mengidap sakit jantung dirawat dengan mengambil vital sign bagi memastikan keadaan mangsa dalam keadaan stabil.

"Seorang lagi penumpang warga emas yang merupakan penumpang bahagian belakang kereta turut dirawat dengan membalut luka di bahagian kaki kiri," ujarnya.

Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital bagi diberikan rawatan lanjut.
Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post