Agong terharu dengan sambutan rakyat di Tawau
TAWAU— Yang di-Pertuan Agong AI-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa amat teruja dengan sambutan hebat rakyat sebaik berangkat tiba di Tawau, Sabah sempena jelajah Kembara Kenali Borneo, petang semalam.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa amat terharu dengan kehadiran ribuan rakyat yang meluangkan masa seawal jam 12.00 tengah hari dan menanti dengan penuh sabar di sepanjang 34km perialanan dari Lapangan Terbang Tawau ke hotel penginapan untuk bertemu dan bersalaman dengan Baginda berdua.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Mejar Jeneral Dato' Zahari Mohd Ariffin dalam kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah, walaupun Baginda, yang memandu sendiri kereta dengan ditemani Raja Permaisuri Agong, mengambil masa selama hampir enam jam ke hotel penginapan, Baginda berdua amat gembira kerana dapat menyantuni rakyat di sepanjang perialanan yang sepatutnya memakan masa lebih kurang 30 minit.
Seri Paduka Baginda bertitah, Baginda dan Raja Permaisuri Agong juga amat terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat di hari pertama Baginda berdua berangkat tiba di Sabah bagi merealisasikan impian Baginda menelusuri Sabah dan Sarawak, bermula hari in di Tawau dan berakhir di Teluk Melano, Kuching, Sarawak pada 13 September 2023 kelak.
Susulan daripada sambutan hebat itu, Seri Paduka Baginda menasihati rakyat di setiap lokasi yang telah dirancangkan bagi program Kembara Kenali Borneo Untuk menitikberatkan keselamatan diri terutama semasa berada di bahu jalan raya serta mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan.
Seri Paduka Baginda turut bertitah agar semangat perpaduan yang terserlah pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 baru-baru ini juga ditunjukkan ole rakyat Sabah dan Sarawak pada sambutan Hari Malaysia 2023 pada 16 September 2023 kelak.
Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan terima kash kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Sri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Hajji Noor dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah YB Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya atas majlis sambutan keberangkatan tiba Baginda berdua di Tawau, termasuk penganjuran Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo dan Santapan Malam Bersama Masyarakat Tawau, semalam.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan melawat pameran makanan etnik Tawau sewaktu berangkat tiba untuk melancarkan Kembara Kenali Borneo di Dewan Masyarakat Tawau malam tadi. Gambar ihsan Istana Negara |
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Sri Fadillah Yusof dan kerajaan negeri Sabah serta Sarawak dalam merealisasikan Kembara Kenali Borneo.
Seri Paduka Baginda berdua juga mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar impian pengembaraan Baginda berdua yang julung kali diadakan dalam mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak dipermudahkan serta berjalan dengan lancar dan jayanya.