14 lokasi di Kuching dikesan kerap berlaku kemalangan
KUCHING-- Sebanyak 14 lokasi di daerah Kuching dikesan sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah.
Beliau menjelaskan, lokasi tersebut adalah lampu isyarat Jalan Utama/Jalan Marican Salleh, Jalan Tun Razak, Jalan Wan Alwi, Jalan Tun Datuk Patinggi Hj Ahmad Zaidi Adruce, Jalan Tun Jugah, Jalan Song, dan Jalan Setia Raja.
"Selain itu, Jalan Kuching-Samarahan Expressway, Jalan Stutong Baru, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Sultan Tengah/Jalan Samariang, Jalan Demak/Jalan Bako, Jalan Matang Baru dan lampu isyarat Jalan Satok/Jalan Kulas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, kawasan berkenaan dikesan kerap berlaku kemalangan jalan raya bagi daerah Kuching.
Tambahnya lagi, sejak kebelakangan ini kes kemalangan jalan raya di daerah Kuching telah menunjukkan peningkatan.
"Penyumbang utama kepada peningkatan kemalangan jalan raya ini adalah berpunca daripada faktor kecuaian pemandu, cuaca dan keadaan fizikal jalan raya," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan berhemah serta fokus semasa memandu bagi mengelakkan terlibat dengan kemalangan jalan raya.