Warga emas tiga hari hilang di hutan ditemui selamat
KAPIT—Seorang warga emas lelaki yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan Sungai Banyau di Nanga Sebala Mujong sejak tiga hari lepas ditemui selamat pada jarak 4 kilometer dari mangsa dilaporkan hilang petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Nyipa Ajong, 68, ditemui pasukan SAR pada jam 2 petang di kawasan Sungai Sangkabang Hilir.
Katanya, semasa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun agak lemah disebabkan sudah memasuki hari ketiga berada dalam hutan.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kapit untuk tindakan lanjut," ujarnya.
Dengan penemuan mangsa ini katanya sekaligus menamatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa pada hari kedua usaha SAR ini pada jam 7.42 malam.
Sekitar jam 10.32 pagi Isnin lalu, Bilik Kawalan BBP Kapit menerima makluman berhubung kehilangan seorang lelaki warga emas semasa keluar mencari katak di kawasan hutan Sungai Banyau.
Gambar PGO Sarawak