Seorang maut, dua alami kecederaan dalam kemalangan kendiri
KUCHING: Seorang lelaki maut manakala dua lagi rakannya tercedera dalam kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah kereta di kawasan Kampung Tambak Lama Jalan Demak malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang disahkan maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Mashisham Amad berusia 40 tahun manakala dua lagi rakannya juga lelaki mengalami kecederaan.
Katanya, sepasukan anggota PKO BBP Petra Jaya bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan pada jam 8.32 malam.
"Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki," ujarnya.
Katanya, terdapat dua orang mangsa masih berada di dalam kereta manakala seorang lagi mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan PKO di lokasi kejadian.
PKO kemudiannya bertindak mengeluarkan dua orang mangsa yang masih berada dalam kereta lalu dibawa oleh Ambulan PBSM dan unit EMRS Bomba ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan.
Seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya
Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, maka pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak