Petanda baharu usaha SAR mangsa dibaham buaya ditemui hari ke-7
LIMBANG: Parang dan baju dipercayai baju mangsa warga emas yang dibaham buaya di Kampung Ulak ditemui pasukan SAR pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya mengesahkan, dengan penemuan ini sekaligus menjadi petanda baharu akan usaha SAR hari yang memasuki hari ke-7 hari ini.
"Orang kampung yang menyertai usaha SAR hari ini telah menjumpai parang dan baju dipakai mangsa di tebingan sungai berhampiran Kampung Pendam pada jarak 1 kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB)," ujarnya.
Justeru, usaha SAR yang bermula sejak 7.48 pagi tadi akan terus mensasarkan ke kawasan hulu sungai memandangkan penemuan terbaharu menjurus ke arah hulu sungai.
Pada pagi Jumaat minggu lepas, Sahari Mail, 66, Ketua Balai, BBP Limbang telah menerima panggilan dari Ketua Balai Polis Limbang melaporkan seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah semasa mencari rotan dan memasang bubu ikan.
PKO yang diketuai oleh Ketua Balai kemudiannya bergerak ke lokasi kejadian bagi memulakan usaha SAR.
Gambar PGO Sarawak