Penjenayah tegar miliki 7 rekod jenayah lampau dicekup curi kenderaan

KUCHING-- Seorang lelaki yang memiliki tujuh rekod jenayah lampau ditangkap disyaki terlibat kes curi kenderaan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditangkap sekitar jam 2 petang semalam oleh sepasukan polis dari Team D4 Bahagian Siasatan Uenayah bersama Counter Aggressive Team (CAT) IPD Kuching.

"Suspek ditangkap di sebuah rumah di jalan matang berkait kes curi kenderaan di kawasan persiaran Ban 
Hock, Kuching. 

"Turut dirampas adalah sebuah kereta jenis Perodua Kancil, seunit kuku kambing, seunit grinding shelf, seunit sand paper holder, seunit 
grinding wheel beserta satu set kertas pasir dan satu set pisau pemotong.

"Selain itu, kertas, empat unit spray tin warna hitam, sebilah gergaji lipat warna hijau, seunit pemutar skru warna merah, seunit gunting, empat keping kertas pasir saiz 1000, segulung pita pelekat warna putih, sehelai tuala warna putih, span warna kuning dan sekeping nombor pendaftaran," katanya dalam kenyataan hari ini. 
 
Tambah Ahsmon, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amp/meth.

"Suspek turut memiliki tujuh rekod lampau melibatkan jenayah dadah, jenayah pecah rumah dan jenayah kekerasan," dedahnya.

Tegasnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun 
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih dari 7 tahun dan boleh juga dikenakan denda. 

"Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Kuching hari ini," katanya.

Menurut beliau, dalam tempoh Januari hingga Julai 2023, polis telah berjaya menangkap seramai 61 orang suspek bagi kes lejang curi kenderaan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 
seramai 10 suspek dikategorikan sebagai tangkapan lejang berulang-ulang dan seramai 17 orang suspek yang di tangkap didapati positif dadah. 
 
"Pihak polis turut menyeru orang awam untuk menyalurkan sebarang 
maklumat berkaitan jenayah dengan menghubungi pusat kawalan IPD kuching di talian 082- 244444 atau menyalurkan maklumat di balai polis yang berhampiran," ujarnya.
Next Post Previous Post