Lelaki tahan azab selama 1 jam, tangan tersepit pada mesin
BINTULU: Seorang pekerja di sebuah kilang perindustrian di Jalan Samalaju terpaksa menahan azab selama satu jam selepas tangannya tersepit pada mesin yang dikendalikannya awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, sepasukan anggota BBP Kidurong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi.
"Tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati tangan mangsa masih tersepit di dalam mesin," jelas beliau.
Komander operasi kemudiannya membuat 'size-up' di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota untuk mengeluarkan tangan mangsa yang merupakan lelaki warga Indonesia berusia 28 tahun dengan memotong skru ada bahagian mesin bagi mengeluarkan tangan mangsa menggunakan grinder.
Setelah tangan mangsa berjaya dikeluarkan, pihak bomba menyerahkan mangsa kepada pihak KKM untuk rawatan selanjutnya.
Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak