KPK perhalusi pelbagai inisiatf bantu pekebun getah
Pekebun kecil sedang mengisi borang pembaharuan PAT-G yang melayakkan beliau untuk menerima bantuan IPG dan bantuan-bantuan Kerajaan yang berkaitan |
PUTRAJAYA— Kementerian Perladangan dan Komoditi dan agensi terlibat sudah memperhalusi cadangan kenaikan paras harga pengaktifan (PHP) insentif pengeluaran getah (IPG) dan bantuan-bantuan lain yang bersesuaian untuk diagihkan kepada pekebun kecil.
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, cadangan kenaikan paras harga dan bantuan lain itu dibuat dengan mengambil cabaran yang dihadapi oleh sektor getah pada masa kini.
Justeru katanya, kerajaan juga amat menggalakkan pekebun kecil untuk segera berdaftar dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) melalui pat-g bagi menikmati bantuan IPG, insentif dan bantuan kerajaan yang berkaitan
“Sejak ipg mula dilaksanakan pada September 2015 sehingga 30 jun 2023, kerajaan telah membelanjakan sebanyak
RM457,526,196 juta bagi pembayaran IPG.
“Kerajaan amat prihatin dan sentiasa melipat ganda usaha bagi membantu pekebun kecil getah dari semasa ke semasa dan sentiasa
proaktif dalam membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pekebun kecil khususnya semasa kejatuhan harga getah, “katanya.
Terdahulu tular sebuah video yang memaparkan keluhan seorang pekebun kecil di daerah Kedah mengenai harga getah yang disifatkan terlalu rendah.
Mengulas lanjut, kementerian memberitahu satu pertemuan dengan pengadu telah diadakan pada 30 Julai lalu bagi mendengar
keluhan dan menangani permasalahan yang dihadapi.
“Pertemuan itu membuahkan hasil yang positif dan masalah pekebun kecil berkenaan telah diselesaikan secara terus.
“Kementerian memperbaharui permit autoriti transaksi getah atau pat-g yang melayakkan beliau untuk menerima bantuan IPG dan
bantuan-bantuan kerajaan yang berkaitan.
“Melalui usaha ini, pekebun kecil tersebut akan menikmati insentif IPG yang telah dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.70 sekilogram bermula Januari 2023. ini adalah inisiatif kerajaan untuk menangani isu kejatuhan harga dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil bagi meringankan beban mereka.,” katanya.
Tambahnya, kenaikan sebanyak RM0.20 sen ini memastikan pekebun kecil akan menerima hasil penjualan cuplump tidak
kurang rm 2.70 sekilogram.
Gambar kredit Kementerian Perladangan dan Komoditi