Jurugambar "daredevil" Perancis maut jatuh dari pencakar langit
HONG KONG— Pesohor instagram Perancis maut terjatuh apabila terperangkap di luar unit paling tinggi penthouse setinggi 721 kaki di kompleks Menara Trengunter, Hong Kong ketika cuba merakamkan visual lagak ngeri.
Remi Lucidi, 30 yang lebih dikenali sebagai "Remi Enigma" di Instagram, mendokumentasikan pencapaiannya dengan gambar yang menakjubkan di media sosial, namun pada malam itu dia terperangkap di luar bangunan.
Dia dikatakan ternampak seorang pembantu rumah di dalam dan mengetuk tingkap dan pembantu rumah itu menghubungi polis.
“Namun mungkin kerana panik, Lucidi tergelincir lalu terjatuh hingga mati. Mayat dan kamera sukannya ditemui di teres berdekatan, menurut Independent and Sky News.
“Kemungkinan dia terperangkap di luar penthouse ketika berlatih sukan lasak di dalam bangunan, dan dia mengetuk tingkap untuk meminta pertolongan, tetapi secara tidak sengaja terjatuh sehingga maut,” kata sumber kepada The South China Morning Post.
Sebelum kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Lucidi dikatakan berbohong dengan pengawal keselamatan bahawa dia berada di sana untuk melawat rakan di aras 40.
Menurut Sky News, Lucidi dilihat pada kamera pengawasan keluar dari lif di tingkat 49 dan sekali lagi di tangga ke tingkat atas, yang mana pintu telah dibuka secara paksa.
Peminat sukan lasak itu mengembara ke seluruh dunia untuk berkongsi cabarannya yang melampau.
Pada bulan Mac, dia menyiarkan foto dirinya tergantung dari puncak menara berhampiran Chernobyl di Ukraine, dengan kapsyen pengalaman "Zon Selesa Saya."
Gambar terbaru menunjukkan dia di atas bumbung dan menara di Bulgaria, Bangkok, Dubai dan Portugal.
Bulan lalu, dia menyiarkan swafoto semasa memanjat menara di Bulgaria dan menambah kapsyen: "Hidup terlalu singkat untuk mengejar unicorn 💀" tulisnya.
Gambar Remi Enigma Instagram