Fadillah ucap tahniah kepada juara dunia biola kelahiran Sibu

SIBU— Kejayaan Imran Azim Iskandar melakar sejarah dengan memenangi kategori klasik pada pertandingan biola World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat satu kebanggaan buat Sarawak dan Malaysia. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pencapaian beliau adalah bukti bakat, kemahiran dan kerja kerasnya yang luar biasa. 


“Tahniah Imran Azim Iskandar kerana mencipta sejarah dengan memenangi kategori klasik pada pertandingan biola World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat! 

“Bakat dan dedikasi cemerlang Imran sememangnya memberi inspirasi serta menjadi contoh kepada golongan anak muda.

“Syabas Imran. Ini merupakan satu kebanggaan buat Sarawak dan Malaysia,” kata pemimpin itu dalam hantaran di Facebook hari ini.

 Imran merupakan pelajar cemerlang Tingkatan 5, SMK Bukit Assek, dan juga merupakan anak Sarawak berasal dari Sibu. 

Selain itu, Imran memperolehi pingat perak dalam kategori karya kontemporari dan asli, juga pingat gangsa dalam kategori jazz dan terbuka.
Next Post Previous Post