Enam kes rabies di Sarawak pada Ogos

KUCHING— Bilangan kes dan kawasan jangkitan rabies di Sarawak pada Ogos meningkat dengan enam kes rabies positif dikesan di beberapa kawasan termasuk di Sibu dan Kuching.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Dr. Adrian Susin Ambud berkata, kawasan yang dikesan positif jangkitan ialah Jalan Belatok Utara 4 di Sibu.

“Manakala lima lagi di Kuching melibatkan Taman Lovelyland, Jalan Batu Kawa, Bayang Estate, Taman Seng Goon, Batu 3 ½ Jalan Penrissen, Jalan Ajibah Abol dan Jalan Bintawa, Kampung Bintawa.

“Sehubungan itu, JPVS memperhebatkan program vaksin di seluruh Sarawak termasuk di Bintulu, Miri dan Serian pada 19 dan 20 Ogos,” katanya dalam kenyataan semalam.

Di Miri, program vaksin akan diadakan mulai jam 9 pagi hingga 4 petang pada kedua-dua hari tersebut.

Bagi kawasan Serian, selain vaksin turut diadakan Program Pemberian Lesen dan Mikrocip yang diadakan di dewan pelbagai guna SJK Chung HUa mulai jam 8 pagi hingga 3 petang pada 19 Ogos.

“Program yang sama akan diadakan di Dewan Masyarakat Sepupuk Niah, Miri pada 26 dan 27 Ogos mulai jam 9 pagi hingga 4 petang diikuti vaksin dari rumah ke rumah di Bukit Engkerbai dan Lubok Bemban di Mukah pada 26 Ogos, mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.
Next Post Previous Post