Doktor Pakar enggan layan pasangan anti vaksin

Gambar Kredit Facebook Muhammad Hamdhrani

IPOH— Keangkuhan pasangan anti vaksin ketika berurusan di bilik bersalin membuatkan seorang doktor pakar pediatrik swasta di sini tawar hati.

Menurut Prof Dr Muhammad Hadhrami, beliau sedang sibuk melakukan tugasan pejabat di rumah apabila mendapat panggilan dari jururawat sekitar jam 10.30 malam memaklumkan ada pesakit yang mahu bersalin.

Namun apa yang mengejutkan, beliau dimaklumkan oleh jururawat bahawa pesakit tersebut mengemukakan surat peguam mengandungi arahan tegas.

“Suami isteri tersebut menyatakan tidak akan menerima sebarang nasihat atau saranan atau ubatan (termasuk vaksin dan vitamin), dari doktor yang bertanggungjawab untuk bayi yang bakal lahir.

“Maka saya pun memaklumkan kepada jururawat bertugas untuk memaklumkan kepada pesakit yang nak beranak ni, saya pun tak ingin melihat anaknya yang bakal lahir. Sekiranya berlaku apa-apa masalah, ibu bapa bayi perlu menyelesaikan perkara itu dengan sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

 Dr Muhammad menambah, kebiasaanya pesakit hanya perlu mengisi borang standard yang disediakan dan ini adalah kali pertama pesakit mengemukakan surat peguam.

“Biasanya saya bagi juga Vitamin K tu walaupun keluarga tak setuju. Bab vaksin tu, awak fikir sendiri lah nanti. 

“Ada parents yg bersedia bersembang, ada yang tak mau bersembang langsung. Tapi dengan adanya surat lawyer ni, malaslah aku menyibukkan diri. 

Banyak kerja lain nak kena buat, daripada melayan orang ‘cerdik pandai’ ni. Ya lah, kita ni bukannya pandai sangat, mak ayahnya (dan juga lawyer nya) kan lebih pandai,” sindirnya.



Beliau bagaimanapun mendoakan bayi kepada pasangan itu sentiasa dalam keadaan sihat walafiat.

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata di kalangan netizen bersetuju dengan tindakan Dr Muhammad Hadhrami yang enggan melayan pesakit anti vaksin tersebut.

Menurut Halieza Eza Ali Al-Murisy, “kalau baca betul-betul, bukan setakat vaksin dan vitamin K patient tu x nak.. nasihat dan saranan atau apa-apa ubat pun dia tak nak.. kalau saya lah jadi doc.. pun akan fikir banyak kali nak ambil kes ni.. eh kang nasihat suruh teran salah.. nasihat suruh operation salah.. sebab dah tak nak kena nasihat dan saranan.. kena tengok klausa tu betul-betul.”

Nadia Mohd pula berkata, “ Omg!! Toxicnya comment. Nak deal dengan masyarakat yang cerdik pandai sekarang sangat la challenging. For me doctors are professionals. Dia orang recommend benda yg bagus. Tidaklah orang nak recommend benda yg memudaratkan pun. Org gila pun tak buat camtu.

“Kalau datang dengan surat lawyer and refuse any treatment (not referring to any vaccination thingy) kenapa tak pakai bidan ja? Kalo kena kecam pun is your choice kan. U dtg hospital, and kalo ada complications, u think u are in fit conditions to think properly? Yes raikan antibody babies katanya tapi kan there is a say “ prevention is better than cure”. Nnt kalo ada complications, pastu nak salahkan doctor kah?,” katanya.

Sarah Hanisah pula berkata, “lepas tu kalau bersalin kat hospital tolak semua intervensi nak selamatkan baby, for what? Untuk doktor tu tengok baby mati depan mata dia sebab kejahilan maknya? Are you willing to do nothing when you can do everything and bear the weight of it when it involves babies? Lepas tu mak pak baby boleh salahkan pulak Doktor, saman doktor,report doktor, and the cycle repeat again and again.”

Sementara itu Sheila Karim berkata, “penjawat awam tak boleh suka suka tolak pesakit apakan lagi jika alasan vaksin..sebab mengikut undang-undang negara, tiada kesalahan dalam peruntukan Akta 342 akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi individu yang menolak untuk menerima suntikan vaksin. Telah menjadi dua kesalahan disitu. Doc terbabit boleh didakwa dan disaman.”

Seorang lagi netizen berkata, “Kalau dah tak nak terima nasihat doktor, jadi buat apa ke Hospital? Dorang xtau ke ada juga undang2 utk membolehkan doktor menolak pesakit yg dirasakan boleh mengganggu profesionalism nya?”

“Saya secara peribadi juga akan menolak pesakit seperti ini dan meminta dia jumpa doktor lain. Jika dah kecemasan kesnya, saya akan minta mereka ke Jabatan Kecemasan kerana di sana inshaa Allah surat lawyer tu tidak lebih besar nilainya berbanding menyelamatkan nyawa,” katanya.
Next Post Previous Post