Budak darjah tiga maut tercekik rambutan
KUANTAN: Seorang budak perempuan darjah tiga terbunuh apabila salur pernafasan tersumbat akibat tercekik buah rambutan.
Kejadian itu disahkan oleh ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman.
Mangsa Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia oleh Klinik Kesihatan Pekan Tajau, Maran sekitar 8 malam lapor Bernama
“Bedah siasat pada awal pagi tadi mengesahkan kematian mangsa akibat salur pernafasan tersumbat disebabkan oleh sesuatu objek,” kata Norzamri.
Polis mengklasifikasikan kematian mangsa yang beralamat di Kampung Sungai Ling Luar, Maran sebagai mati mengejut.
Jenazah mangsa yang merupakan pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pasir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran.