Bintang Korea Selatan Rain bertemu peminat di Kuching
KUCHING—Kira-kira 500 peminat memenuhi pekarangan Mahkamah Lama di Kuching untuk berpeluang bertemu dengan sensasi Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia, Rain.
"Meet & Greet"' selebriti itu diatur sempena Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023, yang berakhir pada malam tadi.
Rain, yang nama sebenarnya Jung Ji-Hoon, telah dijemput sebagai tetamu selebriti untuk AIFFA tahun ini.
Gambar ihsan UKAS