Beberapa jalan ditutup sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka
KUCHING—Sebelas jalan di sekitar bandar raya ini akan ditutup sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka pada 3 hingga 5 Ogos 2023.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Bingkok John berkata, penutupan pada 3 dan 4 Ogos ini sempena raptai perarakan bermula jam 6 petang sehingga acara selesai.
Jalan yang ditutup adalah Jalan Tunku Abdul Rahman/ Jalan Main Baazar; Jalan Borneo/ Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Padungan/ Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Pada 5 Ogos penutupan dan lencongan jalan akan dilakukan bermula jam 12 tengah hari dan akan dibuka semula selepas program.
“Jalan yang ditutup adalah Jalan Padungan/ Bulatan Sri Aman; Jalan Ban Hock/ Bulatan Sri Aman; Bulatan Sri Aman/ Jalan Abell; Jalan Abell / Lampu Isyarat Jalan Abell (Hotel Long House) dan Susur Jalan Abell/ susur jalan keluar ke Jalan Padungan (Jalan Chan Chin Ann).”
Beliau berkata demikian pada sidang media perarakan jalanan sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Bangunan Baitulmakmur 1 di sini, hari ini.
Selain itu penutupan jalan juga akan dilakukan di Jalan Song Thian Cheok/ Jalan Padungan; Lampu Isyarat Jalan Bukit Mata/ Jalan Tunku Abdul Rahman serta Lampu Isyarat SK ST Mary / Jalan Susur Mcdougall/ Jalan Wayang; Jalan ST Temple / Jalan Wayang; Jalan Main Baazar / Jalan Gambir dan Lampu Isyarat Jalan Pearl/ Wawasan/ Jalan Tun Abg Haji Openg.