92 penghuni terselamat, dua blok rumah pekerja didiami terbakar
SIBU: 92 pekerja hilang tempat berteduh selepas dua blok rumah pekerja yang didiami mereka di tapak pembinaan Jambatan Batang Muara Lassa di sini musnah terbakar awal pagi tadi.
Jurucakap BBP Daro berkata, sepasukan anggotanya bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 7.15 pagi.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kebakaran yang melibatkan dua blok rumah pekerja yang mempunyai 32 bilik telah musnah sepenuhnya," ujarnya.
Adalah difahamkan bahawa Seramai 92 orang penghuni telah selamat berkumpul di assembly point setiba pihak bomba tiba di lokasi.
Setelah size up dilakukan, pasukan bertindak membawa pam angkut ke tepi sungai berhampiran sumber air terbuka.
Operasi pemadaman katanya dilakukan dengan menggunakan 1 aliran 200 kaki,1 cabang pembahagi, 2 nozel dan 1 aliran 200 kaki 1 nozel bekalan air dari sumber air terbuka.
Kebakaran tersebut telah menyebabkan dua blok rumah pekerja terbabit musnah 100 peratus.
Mujurlah ianya tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa buat penghuninya yang kesemuanya pekerja warga Indonesia.
Gambar BBP Daro