Warga emas maut kereta langgar lori tanah
SRI AMAN— Seorang lelaki warga emas maut selepas van dipandunya melanggar belakang sebuah lori tanah di Kampung Rapak Atas, KM45 Jalan Sri Aman-Serian petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan kecemasan daripada IPD Sri Aman (PDRM) berkenaan kemalangan jalan raya itu sekitar jam 1.56 petang.
“Sebaik menerima panggilan kecemasan, satu jentera FRT dari BBP Sri Aman serta tujuh anggota telah dihantar ke tempat kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah Van Nissan melanggar belakang sebuah lori tanah yang diparkir tepi jalan. Didapati seorang mangsa lelaki tersepit di tempat duduk pemandu Van Nissan.
“Pasukan bomba dengan PPE lengkap, membuat size- up dan menggunakan peralatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Mangsa yang dikenalpasti sebagai Tan Kok Sun, 72, disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Setelah mendapati keadaan selamat pihak bomba berangkat balik ke balai.