Tiga alami kecederaan, kereta dinaiki terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter
TATAU: Tiga mengalami kecederaan selepas kereta model Perodua Axia yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di jaalan Tatau-Bintulu petang tadi Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Tatau dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 3.06 petang.
Sampai di lokasi kejadian ujarnya, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat sebuah kereta terjunam ke dalam gaung tepi jalan itu.
"Bagaimanapun tiada usaha penyelamatan dijalankan kerana kesemua mangsa berjaya keluar sendiri sebelum pasukan bomba tiba," jelasnya.
Anggota Bomba kemudiannya bertindak membantu membawa ketiga-tiga mangsa yang tercedera ke atas dengan menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan seterusnya.
Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, Anggota bersama jentera bertolak balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak