Sarawak harmoni kerana tiada walaun tunggang agama - Ir Zainuddin Omar

Zainuddin bersama Jerry pembuat parang di Long Beku Baram. Gambar kredit Zainuddin Omar

BARAM— Seorang jurutera dari Malaya, memberitahu rakyat pedalaman di Sarawak sudah menikmati banyak pembangunan selain masih mengekalkan semangat toleransi walaupun hidup berbilang kaum.

Ir. Hj. Zainuddin Hj. Omar menerusi Facebooknya, memuat naik beberapa keping gambar dan coretan menceritakan pengalaman dia ketika melawat Long San hari ini.

Long San adalah perkampungan kaum Kenyah terletak kira-kira 120 km dari Miri melalui jalan balak. 

Hiking 5km selama 3 jam kerana trek yang licin

“Pada mereka yang masih percaya suku kaum Sarawak tinggal atas pokok dan pakai cawat, silalah datang ke sini.

“Mereka guna flushed english toilet, ada aircond, TV dan peti sejuk, air bersih memang banyak bukan seperti ‘air Milo’ di negeri Pasir Sebutir dan internet mereka dari Satellite

Tenaga letrik sentiasa ada dan murah dari generator yang dipasang oleh Sarawak Energy. Tiada siapa komplen bil tinggi seperti di Semenanjung,” katanya.

Perkongsian itu telah menerima lebih 2,700 likes dan turut dikongsikan lebih 300 kali.


Menurut Zainuddin lagi, tiada siapa mainkan sentimen 3R - perkauman, agama dan institusi DiRaja seperti di Semenanjung dan mereka hidup aman damai antara suku dan kaum.

“Paling penting tiada walaun yang menunggang agama,” katanya.

Bercerita lanjut, Zainuddin sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat ke Ulu Baram, namun terpaksa menangguhkan impian itu kerana tiada yang mahu turut serta.

Sehinggalah dia menyertai kumpulan Yusuf Madi yang selalu buat trekking trail epik seperti mendaki Rinjani dan Semeru. 


Katanya, rata-rata peserta yang bersama trip berusia 20an dan hanya dia seorang warga emas.

Zainuddin dalam perjalanan ke perkampungan orang Kenyah di Long San melalui jalan balak.

“Saya bawa seorang porter bernama Moses budak Kenyah yang masih berumur 21 tahun untuk kendung barang personal saya seperti ponco, kasut spare, baju spare, air satu liter dll untuk trekking ke Air Terjun Three Sisters.

Beliau juga membantu menarik saya di batu-batu curam. Upahnya hanya RM50 sehari,” katanya.

Selain itu dia meluangkan masa di Air Terjun U’ong Bilong.

Bilik di homestay Long San Ulu Baram Sarawak. Bukan sahaja bilik bersih tetapi tandasnya first class.

Zainuddin memuji bilik homestay di situ yang bukan sahaja bersih malah tandasnya bertaraf kelas pertama.

Menurut Zainuddin, kehidupan di Long San sangat slow pace dan easy going. Penduduknya kira-kira 300 orang. Long San juga mempunyai sekolah rendah dan menengah.

“Ada klinik kesihatan dengan doktor dan misi untuk menjaga kesihatan penduduk berdekatan,” katanya.

Zainuddin turut menceritakan rasa terharu dengan budaya orang Sarawak yang amat menghormati agama dan kau lain. Ini diceritakan ketika dia singgah di Long Beku, Sungai Akah Baram untuk melihat komuniti orang Penan membuat parang secara tradisional. 

“Saya bertanya apa guna pisau kecil yang diselitkan bersama parang besar yang saya beli. 


“Ianya digunakan untuk raut rotan, potong bawang, potong ba bi. Oooops saya minta maaf” kata Jerry orang Penan pembuat parang. 

“Tiada masalah” katanya.

Dia amat menghargai penduduk Sarawak seperti Jerry yang peka pelawat beragama Islam dari Semenanjung sesetengahnya sensitif dengan perkataan babi.

“Sebenarnya ini perkara picisan sahaja tetapi besar maknanya pada jiwa orang Sarawak. 

Begitulah sifat toleransi orang sini terhadap berbagai kaum dan agama, walaupun dalam pedalaman Sarawak,” ceritanya.

Kredit Zainuddin Omar
Next Post Previous Post