Rumah pekerja terbakar, 44 penghuni hilang tempat berteduh
SIBU--44 individu hilang tempat berteduh selepas satu blok rumah pekerja di Jalan Tanjung Kunyit yang didiami mereka musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota dari BBP Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.54 pagi.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan satu blok rumah pekerja jenis tidak kekal yang mempunyai 25 unit bilik itu," ujarnya.
Katanya, setelah size up dilakukan dengan berpandukan konsep RECEO, pasukan pemadam bertindak melakukan pemadaman dengan menggunakan 1 pam angkut, 2 aliran hos 200 kaki, 1 cabang pembahagi dan 3 nozel dari sumber air terbuka dari kolam berdekatan sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.
Gambar PGO Sarawak