Premier hadiri Pesta Gedong dan sampaikan hadiah kepada pemenang.
GEDONG, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg menghadiri Pesta Gedong petang ini tadi.
Pesta Gedong 2023 menampilkan acara Regata Gedong 2023 Edisi Pertama sebagai acara kemuncak telah disambut meriah oleh masyarakat Gedong dan penduduk sekitar.
Dalam majlis berkenaan, Mahkota Dewa Gedong telah dinobatkan sebagai Raja Sungai dalam Regata Gedong 2023 Edisi Pertama sekali gus membawa pulang Piala Premier Sarawak serta wang tunai berjumlah RM15,000.
Kejayaan tersebut diraih setelah pasukan tersebut menewaskan lima pasukan lain dalam peringkat akhir acara Bidar 30 Pekayuh Lelaki (Raja Sungai).
Naib johan pula dimenangi oleh Sinaran Ratu Siska manalaka tempat ketiga disandang oleh Madinah Race yang mana masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 dan RM5,000.
Premier turut menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada Johan Raja Sungai tersebut.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari akan menyempurnakan Majlis Penutupan Rasmi Pesta Gedong 2023 di Dewan Datuk Patinggi Ali pada malam ini (Ahad).
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan Penasihat (PKS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) Datuk Mohd Naroden Majais.
Credit Sarawakku