Pekerja melecur bahagian bahu dalam kebakaran melibatkan rumah pekerja
Marudi: Seorang lelaki melecur pada bahagian bahu selepas cuba untuk mengambil barangan miliknya dalam kebakaran yang melibatkan sebuah rumah pekerja di Jalan Ridan petang tadi.
Jurucakap BBP Marudi dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, dalam kejadian sekitar jam 1.25 petang itu, mangsa yang merupakan salah seorang penghuni dari 16 pekerja warganegara Indonesia itu cuba untuk mengambil barangan peribadi miliknya, namun mengalami kecederaan.
"Mujurlah beliau berjaya keluar semula dari mati terperangkap dalam rumah pekerja dua tingkat jenis tidak kekal yang mempunyai 10 unit bilik itu," jelasnya.
Menurutnya, sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang memusnahkan tingkat atas rumah pekerja terbabit.
Setelah size-up dijalankan, operasi pemadaman berkonsepkan RECEO telah dilakukan.
Pasukan bomba mengambil masa hampir satu jam bagi memadam kebakaran yang berlaku yang mana api berjaya dikawal pada jam 1.41 petang.
Setelah api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.
Gambar BBP Marudi