Lelaki hilang semasa menjala ditemukan mati lemas
SIBU--Seorang lelaki berusia 49 tahun yang hilang semasa sedang menjala ikan di Tanjung Latap Sungai Rejang malam tadi ditemukan mati lemas pada jarak 50 meter dari mangsa dikuatiri lemas pagi tadi.
Maklumat yang diperoleh dari dari pasukan BBP Sibu Sentral mengesahkan, mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menggunakan grappling iron.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Dengan penemuan mayat mangsa ini sekaligus menamatkan usaha SAR pada jam 11.30 pagi.
Dalam kejadian yang berlaku sekitarjam 9.56 malam tadi, mangsa yang dikenali sebagai Payau Meluda berasal dari Rumah Dana Tanjung Latap dikatakan keluar menjala udang di sungai berkenaan sebelum dilaporkan hilang di sungai terbabit.
Gambar BBP Sibu Sentral