Kanak-kanak terperangkap 1 jam dalam bilik mandi sebelum diselamatkan
MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap selama satu jam dalam bilik mandi di kediamannya di Bayshore Jalan Pantai Lutong sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba petang tadi.
Jurucakap Pasukan Alpha BBP Lutong dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan mangsa dari bilik mandi pada jam 4.52 petang.
Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sememangnya berlaku kejadian seorang mangsa yang merupakan kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun terperangkap dalam bilik mandi kediaman terbabit.
"Setelah size-up dijalankan, ketua pasukan mengarahkan anggota bomba menggunakan persuade bagi memecahkan tombol pintu bilik mandi berkenaan," ujarnya.
Pasukan bomba mengambil masa kira-kira satu jam bagi mengeluarkan mangsa dari bilik mandi sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.20 petang.
Setelah pintu berjaya dibuka, mangsa dibawa keluar dari bilik mandi sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bertolak balik semula ke balai.
Gambar BBP Lutong