Ibu bapa tergamak jual bayi lelaki untuk beli iPhone 14 dan healing
BENGAL-- Kehilangan seorang bayi lelaki berusia 8 bulan di sini terungkai, rupa-rupanya dijual oleh ibu bapanya untuk membeli iPhone 14.
Memetik Hindustan Times, pasangan India dari Bengal Barat itu didakwa menjual bayi lelaki untuk membeli iPhone untuk membuat "Instagram Reel".
Siasatan awal mendapati, ibu mangsa mengaku membelanjakan hasil jualan bayi itu untuk melancong ke Digha dan Mandarmoni
"Insiden itu terbongkar selepas penduduk tempatan berasa curiga kerana mereka tidak dapat melihat bayi itu selama berminggu-minggu dan melaporkan perkara itu kepada polis,' kata laporan itu.
Polis telah menahan ibu dan seorang wanita yang membeli bayi itu, manakala bapa masih dalam pelarian, dan sedang dijejaki.
Selain bayi itu, mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.
Difahamkan bapa mencuba untuk menjual anak perempuan tersebut namun tidak berjaya.