Ibu ayam’ ditangkap selepas menunaikan haji - Janji gaji lumayan, jual mangsa untuk bayar hutang
HH menyembunyikan kegiatan haram itu di sebalik perniagaan kedai makan. Gambar Kompas |
Memetik laporan Kompas, suspek dikenali sebagai HH, 45, didakwa terlibat menyediakan perkhidmatan pelacuran di gerai makan di Kampung Sesua di Malinau, wilayah Kaliantan Utara,
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Malinau, Iptu Wisnu Bramantyo, suspek yang menyembunyikan kegiatan haram itu di sebalik perniagaan kedai makan, turut menjual minuman keras dan membuka bilik pelacuran di premis yang sama.
“Bukan hanya menjual nasi dan minuman beralkohol, suspek turut menawarkan ‘hidangan tambahan’ dengan menyediakan tiga bilik di gerai tersebut untuk kegiatan pelacuran.
“Suspek dikatakan mengumpan mangsa-mangsa sekitar umur 25 hingga 30 tahun dengan menjanjikan pekerjaan bergaji lumayan dengan menanggung penuh perbelanjaan mereka dari Pulau Jawa,”kata Iptu.
Namun gadis-gadis tersebut menyedari tertipu apabila tiba di Malinau tiada pekerjaan yang dijanjikan.
Malah suspek mencatatkan semua perbelanjaan yang dikeluarkan sebagai hutang dengan kadar faedah berganda.
“Suspek kemudian melacurkan gadis-gadis tersebut untuk melunaskan hutang-hutang tersebut,” kata Iptu.