Hati-hati makan masa round cuti sekolah, takut tinggal gelang emas kat kedai kelak
KUCHING-- Dalam keterujaan kita melancong ke tempat-tempat menarik dan menikmati pelbagai jenis makanan Malaysia, masyarakat harus berhati-hati agar tidak "memajak" perhiasan emas di sesebuah tempat dikunjungi itu.
Mana tidaknya ada sesetengah kedai makan di tempat tumpuan pelancong akan mengenakan kadar bayaran yang 'tidak munasabah' kepada pelanggan yang datang ke premis mereka.
Malahan, ada segelintir premis tidak mempamerkan dengan jelas harga sesuatu hidangan atau makanan mereka.
Ini sekali gus menjadi 'jerat' kepada pelanggan yang datang, lebih-lebih lagi mereka dari golongan B40.
Pengalaman ini seperti ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Azura Baharudin yang baru-baru ini menikmati hidangan Yong Tau Foo di sebuah premis makanan di Ibu Kota.
Jelasnya, dia dikenakan bayaran RM94.20 bagi dua mangkuk hidangan tersebut ketika menjamu selera di situ.
Dalam perkongsian itu, dia dipetik berkata: "Eh ni bukan nak viral atau burukkan tau, tapi sekadar kongsi rasa terkejut ja. Sebab kita dah biasa makan yong fau foo pasar malam semangkuk besar 1 family pun kadang RM30 ja. Ni tiba-tiba beli 2 orang makan RM94.20".
"Tak salah pun harganya kerana kita kena faham tentang lokasi iaitu Pavilion yang mana memang sedia maklum tempat membeli-belah orang berada, tetapi Kak Jura pergi bukan berbeli-belah, sekadar nak makan saja".
"Jadi harga begitu fahamlah nak cover cost sewa dengan pekerja. Sewa semestinya sangat mahal. Cuma kita yang tak faham sama sekali tak menjangka harga begitu kerana lokasinya pun sekadar di food court. Tapi yelah food court Pavilion. Bukan food court Aeon".
Tambahnya, dia juga tidak boleh salahkan penjual kerana jelas ada diletakkan tanda harga.
"Jadi pilihan kita. Hang rasa ok mampu maka amik lah. Tak mampu sudah makan je apa yg mampu," katanya.
Pada masa yang sama dia mengaku silapnya kerana langsung tidak melihat dengan teliti harga makanan tersebut.
"Kak Jura pulak silapnya tak tengok langsung harga kerana bayanganku makan yong tau foo masa diet ni sesuai dan mungkin tak mahal sangat sebab nama pun yong tau foo.
"Tapi jangkaan ku silap maka bayarlah dengan senyuman. Dalam hati aku kalau tak habis ni sat lagi memang wajib bungkus. Sayang oiii harga kayangan.
"Cuma dijadikan pengajaran je untuk golongan kita ni yang mungkin kemampuan kurang sikit jangan tersilap jap lagi ingat yong tau foo maka kita pun nahh amik penuh semangkuk pastu nganga nak bayaq sat lagi.
"Sekadar berkongsi kerana terlejut tau. Tapi apa pun rasa dia sedap memang licin ku makan," ujarnya.