Bau busuk bawa kepada penemuan mayat
BETONG: Bau busuk yang terhidu oleh sekumpulan penuntut ketika berjoging menuruni cerunan bukit di Jalan Setia Raja di kawasan Kompleks Kerajaan Negeri Betong dekat sini berakhir dengan penemuan mayat.
Penemuan sekujur tubuh yang dikatakan telah membusuk di kawasan bukit yang menjadi kawasan riadah untuk berjoging oleh penduduk setempat menjadi tanda tanya berikutan keadaan mayat tersebut.
Mayat tanpa baju dan hanya berseluar ditemui berendam dalam parit yang digenangi air yang kebetulan cuaca hujan dan kerap berlaku di kawasan Betong sejak beberapa hari ini menemukan mayat dipercayai seorang lelaki sekitar jam 4.55 petang tadi.
Menurut saksi, ketika berhenti berehat setelah penat dan hendak duduk tiba-tiba terhidu bau seperti bangkai. Beliau melihat di tepi longkang dan terlihat sekujur tubuh dipercayai seorang lelaki dilihat dari segi pemakaian mayat tersebut.
Beliau juga telah cuba menghubungi talian 999 bagi membuat laporan polis namun tidak dapat. Dalam keadaan tersebut juga kebetulan ada sebuah kenderaan yang lalu beliau cuba menahannya untuk meminta bantuan untuk menghubungi polis.
Laporan polis telah dibuat, walau bagaimanapun belum ada pengesahan lengkap daripada pihak polis berkaitan kes dan terbabit.
Orang ramai diminta tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi berhubung penemuan tersebut kerana masih dalam siasatan polis.
Mayat tersebut juga telah dibawa ke hospital Betong untuk tindakan selanjutnya.